Pages

Thursday 3 May 2012

TEKNOLOGI DAN INOVASI

Kebaikan teknologi dan inovasi kepada siswazah


Sejajar menyahut cabaran Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Malaysia,Tun Dr. Mahathir Mohamad, teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam aspek kehidupan manusia terutamanya para siswazah yang memainkan peranan penting dalam memajukan teknologi dan inovasi negara. Teknologi dan inovasi menjanjikan kemudahan dan kebaikan kepada siswazah. Sebagai contoh penggunaan komputer, notebook, iphone dan sebagainya.

Banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada teknologi dan inovasi, contohnya:
1. Penyimpanan maklumat yang mudah
2. Mewujudkan interaksi antara siswazah dan pensyarah mengikut kesesuian pembelajaran.
3. Tidak terhad atau terbatas dalam mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran
4. Membolehkan siswazah mendapatkan maklumat atau informasi dalam pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang menghubungkan kepada sistem maklumat global
5. Perhubungan dan interaksi di internet mewujudkan persekitaran dan suasana pembelajaran yang berbeza.

10 comments:

  1. saya bersetuju bahawa teknologi dan inovasi amat penting dalam aspek kehidupan kita lebih-lebih lagi bagi siswazah.
    Dengan adanya teknologi dan inovasi dapat membantu para siswazah dalam mendapatkan maklumat dengan cepat dan pada bila-bila masa
    RUFAIZIRA MOHD RUDI A134819

    ReplyDelete
  2. Inovasi ini penting dalam penambahbaikan mutu perkhidmatan seperti memudahkan masa pemberian ubat. Boleh dapat evidence base yang terbaik dan pelbagai lagi .

    ReplyDelete
  3. Jururawat perlu mempraktik ilmu yang diperolehi dengan membentuk sahsiah murni serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran tugasan dengan cara penyelesaian yang kreatif dan berinovasi seiring dengan kemajuan teknologi global. Oleh itu apakah langkah-langkah yang perlu dipertingkatkan dari segi ilmu teknologi dan inovasi dalam kejururawatan.

    ReplyDelete
  4. Kemudahan teknologi untuk siswazah dapat memperkembangkan minda mereka kearah inovasi dan kreatif.Pembelajaran lebih efektif, berkesan dan menjimatkan masa untuk memperolehi sesuatu maklumat.

    ReplyDelete
  5. para siswazah perlu mempraktikkan kemudahan teknologi yang ada masa kini bertujuan untuk persaingan yang sihat, dimana para siswazah mendapat maklumat dengan pantas dan menjimatkan masa untuk sesuatu tugasan

    ReplyDelete
  6. para siswazah kini berpeluang menggunakan kemudahan teknologi yang canggih dengan mudah.Pada masa yang sama para siswazah dapat mencari ilham serta menghasilkan inovasi yang kreatif dan boleh di aplikasikan sekiranya sesuai untuk keperluan semasa.Secara tidak langsung ianya dapat menjana pendapatan sampingan kepada para siswazah itu sendiri.
    NURHAIDA MOHAMED A134844

    ReplyDelete
  7. IT telah memberi banyak kebaikan kepada semua orang terutama kepada siswazah-siswazah.Dengan adanya kemudahan IT semua maklumat dan pengetahuan dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.Dengan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dikalangan siswazah_siswazah kita.

    ReplyDelete
  8. Saya juga amat bersetuju yang mana dengan membudayakan penggunaan ICT ini di kalangan siswazah / jururawat secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti demi memantapkan perawatan kejururawatan yang holistik seiring dengan keperluan dunia kini yang mana ke arah transformasi.
    SITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )

    ReplyDelete
  9. Sangat bersetuju dengan kenyataan di atas, di mana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT dalam bidang kesihatan amatlah penting sebagai medium dalam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pesakit, khasnya dan rakyat di Malaysia, umumnya. Penggunaan ICT juga dapat mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan sejajar dengan Visi Jururawat iaitu:
    “Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
    Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.”

    NOR RINA MAHAWAR (A 134817)

    ReplyDelete
  10. Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dihuraikan di atas.Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT.Bagi merealisasikan matlamat tersebut banyak pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menjayakan matlamat ini.Kemudahan peralatan mencukupi seharusnya perlu disediakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran hospital dapat membantu jururawat melakukan tugasan dengan cekap dan lancar.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien

    ReplyDelete